*terkenang celoteh ustazah johaina*
"dan roh manusia itu diberikan 2 element: akal dan nafsu. Selepas Allah Taala mencipta kedua-duanye, ditanya kepada akal:
siapa tuhan kamu?
maka jawab akal: Allah adalah tuhanmu dan Allah jua adalah tuhanku.
lalu giliran nafsu pula tiba. Ditanya soalan sama kepada nafsu.
Siapa tuhan kamu?
jawab nafsu: Tuhanmu adalah Tuhanmu dan tuhanku adalah tuhanku
Ekoran keengganan nafsu mengakui kekuasaan Allah Taala, maka disiksa nafsu dengan sejuk yang tidak mungkin dibayang manusia. Na'uzubillahi min zaalik.
Ditanya sekali lagi kepada nafsu:
siapa tuhan kamu?
jawab nafsu: Tuhanmu adalah Tuhanmu dan tuhanku adalah tuhanku
Sekali lagi nafsu enggan tunduk kepada kekuasaan Allah Taala. Lalu disiksa nafsu dengan panas yang tidak terhingga, jauh lebih panas dari api dunia.
Ditanya lagi kepada nafsu:
Siapa tuhan kamu?
jawab nafsu: Tuhanmu adalah Tuhanmu dan tuhanku adalah tuhanku
maka, siksa ketiga muncul tiba. Nafsu enggan tunduk kepada Al-Khaalik. Lalu dibiarkan nafsu lapar dan dahaga. Disekat segala bekalan makanan dan minuman.
Setelah nafsu lemah tersiksa, ditanya kepada nafsu:
siapa tuhan kamu?
jawab nafsu: Allah Tuhanmu dan Allah jualah tuhanku"
*maaf jika ada ralat dari segi ketepatan kisah ini memandangkan ianya adalah satu flashback berusia lebih 2tahun dahulu*
Berpuasalah engkau kerana puasa itu mampu menahan keinginan, menajamkan fikiran, mengurangkan tutur kata sia-sia, memelihara lidah dari dosa, bau mulutmu seharum kasturi di sisi Tuhan dan pelbagai lagi manfaat. Hanya Allah Taala yang mampu membalas amalmu. InsyaAllah.
No comments:
Post a Comment