Saturday, 16 January 2010

Sapa sangka


(shot taken at St Ives, Plymouth on my visit there to Kak Muna's place)

Astaghfirullah.

Semakin masa berlalu, semakin aku sedar yang terlalu banyak peluang-peluang yang aku telah sia-siakan. Mari singkap balik sejarah Mukhlis yang maybe ada orang tahu, ada orang tak tahu.

MCKK:
Solat jemaah kt surau kalo boleh mmg turun maghrib je. Pemalas nak mampus utk turun surau padahal kalo jengah je kepala kuar cube dorm 22 tuh, mmg bley nmpk sisa makanan yang tertumpah kt baju junior-junior yang selalu rajin ke surau tuh. Punya la dekat cube aku from surau. Tapi apakan daya, aku tak faham kenapa aku macam tuh. Hati baru separa terbuka kot. Sbb kadang-kadang tuh mmg terasa anjakan utk pergi ke surau. Bila tengok ammar slalu solat kt surau and pastu straight baca Quran, lagi la aku bertambah jelous. Entah kenapa hati nak jelous aku pon x paham. nak buat sendiri, mmg harapan ar. Mukhlis, mukhlis. bila ko nk sedar? When Ammar break the rules, aku bley plak la kan nk perli dia. "hrp smyg ja kt surau". Ammar being sensible. replied "hang jgn kata cmtu kt aku". Looking back, at least the worm did something that i didn't do. But still, i felt no loss.

KMB:
Masuk KMB mmg terbaik la, kena plak dpt group usrah dgn azri bohari (cmtu kot eja nama dia). seboleh-boleh, nk lari daripada dia. Ntah knapa la perangai aku setan sangat masa tuh, ada-ada je alasan aku bg. Kena plak usrah members lain yang sama group pon naik kepala cmtu jgk. diorg pon kira dok lap usrah ja. Tinggal harap yasin malam jumaat kt surau and ceramah and kelas agama jela nak nourish this soul of mine. Ustazah Johaina bukan main lagi suro aku jadi naqib. Mintak maaf la ustazah, saya ni terlalu naif utk ajar org, nk usaha utk diri sendiri pon x jln.

Leeds:
1st year dulu, Jue la plg semangat buat usrah. mentang-mentang aku dok st marks, aku jdkan tuh alasan mls gi usrah. yela, usrah slalu buat kt archery. aku nk jln ke sana pon dh brp minit (pdhal haram x jauh mana pon). Buat macam mana, semangat berkobar-kobar nk hidup mcm org putih. x org putih la dok p usrah selalu. nanti kena kongkong. x bebas bai. BEBAS KEPALA OTAK LU. jejak kaki kt club skali ja pastu terus trauma. sumpah aku rimas gila masa tuh dgn org sesak, bau arak smpi pening kepala, p toilet tgk yg dok urinate merata atas lantai. dahsyat arak ni, rakyat negara paling bertamadun pon boley jd mcm haiwan. nk sedapkan hati kwn2, "yeeah2, we defo hv to do that again". dlm hati "xde aku nk jejak kaki dh tmpt mcm tu". aku berani kata ive been there, done that. n most important, I DON'T ENJOY IT ONE WEENY BIT.

skrg 2nd year, aku tercari-cari balik kt mana Jue, kt mana budak usrah semua. Malang skali, Jue dh start blaja balik, dok buat masters dia. and skrg dh xde dh nk kumpul2 buat usrah, masing2 dh bawak haluan sendiri. Masa ni la jiwa aku gersang cari santapan. Thanx to nawi time summer dulu, sebab tempoh tuh la aku rasa aku semakin 'celik'. elok2 momentum tinggi, lutut plak operate. nk gerak ke sana sini, mmg payah. masjid aku tinggal. mula-mula alasan sbb xley jalan. tp pastu bla dh bley jln, aku bg alasan x boleh nk solat mcm biasa sbb kaki xley bengkok. mmg btol pon tp aku rasa malu bla aku teringat balik kt mamat sorg tuh yg slalu ke masjid masa bulan puasa. kaki dia besi dok tercucuk daripada hujung kaki smpi la ke tulang kering. siap mcm ada sangkar keliling kaki dia. member kita tuh selamba ja hayun tongkat bawah ketiak tuh utk tetap ke masjid. ni aku yg besi dok dlm tulang dh pon nk bg alsan cmtu. apa cerita. mamat tuh besi tercacak keluar wei! astaghfirullah.

Now that i am in a daze, theres only 1 place i can turn to and that is to turn to You, The Almighty. Alhadulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah, you've granted my prayers and made me even more realize the importance of supplementing my soul. Solat and quranic recitals are not enough. I want to understand, i want to learn, I want to know. Oh Allah, please guide me through this journey and lay out for me the path to righteousnous. Ameen

sapa sangka, I am picking up again the things i discarded in life

2 comments: