Tuesday, 19 October 2010

Answers

Kes 1:
Ye, Si A telah menembak Si B.

Kes cab fire ini melibatkan pembunuhan aktif, membunuh seseorang dengan perbuatan dan niat untuk membunuh. Kerap kali dalam dunia perubatan, doktor dilibatkan dengan pembunuhan baik ataupun nama masyhurnya, euthanasia. Perkara ini telah dikategorikan kepada 2, iaitu aktif dan pasif. Pasif euthanasia adalah bertujuan untuk mendatangkan maut kepada seseorang dengan cara tidak melakukan apa-apa. Contohnya, membiarkan seorang bayi yang lahir dengan sindrom Down beserta komplikasi "duodenal atresia' (incompatible with life), yakni ketiadaan saluran yang terbuka di duodenum, untuk mati meskipun pembedahan kecemasan mampu menyelamatkannya. Inilah pasif euthanasia. Kalo aktif euthanasia pula, bayi yang sama diberi suntikan toksin yang mampu membunuhnya. Kedua-dua perkara ini mungkin dilihat untuk kebaikan bayi tersebut ekoran kualiti hidup yang mungkin sangat terjejas sekiranya diselamatkan dan dibesarkan. Namun, kerap kali kita lihat pasif euthanasia dibenarkan tetapi euthanasia aktif dilihat sebagai membunuh.

Hujah yang dikemukan pleh sesetengah pihak agar euthanasia aktif dibenarkan adalah merujuk kepada kes cab fire td. Jika euthanasia pasif dipilih, maka Si B akan mati rentung dan terseksa dengan amat sangat. Demi meringankan beban dan kesakitan yang dialami, adalah lebih mudah jika ditembak sahaja Si B. Perkara ini tidak akan memberikan hasil yang berbeza kerana akhirnya, ajal adalah yang menanti Si B. Jadi, adakah menamatkan nyawa seseorang itu dengan pantas lebih baik daripada membiarkannya terseksa perlahan-lahan? Sedangkan untuk menyembelih haiwan Qurban pon makruh jika pisau tunpul digunakan?

Pendapat saya kepada isu ini ialah tembak sahaja sesiapa yang gatal timbulkan isu euthanasia ini. Sudah bertahun-tahun saya belajar dan sehingga kini, perdebatan ini tiada penhujungnya. Umpana mencari hujung sebuah roda yang berputar. =P

*****************************************************************

Mengenai isu Switzerland, negara ini adalah satu-satunya negara yang membenarkan assisted suicide kepada bukan warganegara. Hal ini bermaksud sesiapa sahaja yang masuk ke Switzerland boleh membunuh diri dengan bantuan daripada doktor perubatan. Jadi, jika anda rasa anda main ski di Switzerland, jatuh, patah tulang belakang, lumpuh daripada tengkuk kebawah dan separa lumpuh pada bahagian muka dan tiada lagi tujuan untuk hidup, maka saya cadangkan anda terima sahaja kaedah ini sebagai penamat riwayat.

Kepala otak anda.

No comments:

Post a Comment