Saturday, 5 June 2010

DOA

Semua pakat kata doa senjata muslim.

Memang benar, doa memang senjata muslim.

Tapi kalo dah solat pon tunggang langgang, cemana pulak doa?

Ustazah Khadijah kata, nak berdoa ni kena sebijik macam nak mintak aiskrim kat ayah.
Mula-mula, kita kena pakai smart-smart. Paling kurang pon, suci dan bersih sebab tak semua orang ada baju smart.

Pastu, bila dah pakai baju smart depan ayah, kena bersungguh-sungguh. Cakap elok-elok kat ayah, "ayah, naik aiskrim"

Jangan la mintak aiskrim kat ayah tapi pandang kiri kanan, dok jeling-jeling TV, dok teringat bola, dok teringat bf/gf dh mesej ke belom. Sebab sah-sah la ayah bengang nanti. Nak mintak, tapi tak bersungguh.

Cakap kat ayah masa mintak tuh, cakap elok-elok. Jangan tergocoh-gocoh. Kalut nak ke gym, nak pegi swimming, nak makan nasi dan sebagainya. Kalo perkataan berhambur keluar daripada mulut tapi sebutir apa pon ayah tak dengar, takdenye ayah nak layan.
Tapi kt situ la lebihnya TUHAN daripada ayah. Yang dalam hati kita pon Tuhan tahu.

Dah lepas mintak aiskrim daripada ayah, jangan la sedih kalo ayah tak bagi. Biasa la, ayah pon nak tengok juga kita ni bersungguh takat mana. Kalo setakat mintak sekali sebab time tuh kawan-kawan semua pakat makan aiskrim, memang ayah akan nampak kita mintak bukan sebab kita perlu, tapi kita mahu. Cuba kalo dah mintak sekali tak dapat, kita mintak lagi. Kalo tak dapat juga, cuba lagi. Mana la tahu, last-last sekali ayah akan bagi time birthday kita ke. Sebab ayah nampak kita memang bersungguh-sungguh dan dah berusaha mintak kat ayah.

So, jangan la pandang ringan doa ni. Memang kita bukan nabi atau rasul nak dapat mukjizat. Tapi kalo doa kita diterima, alangkah baiknya dan beruntungnya kita. Jom berdoa!

usaha+doa+tawakal

No comments:

Post a Comment