Salam
I'm supposed to be finishing off my 2nd and 3rd precis but I just can't be bothered to do it right now. So Saleem and Andrew, you can wait for me. Hehe.
Sekarang saya akan menulis pasal cab fire. Saya tulis dalam bahasa Melayu supaya kalau saya memilih untuk menggunakan kes ini dalam karangan etika saya, sekurang-kurangnya turn-it-in tidak akan mengecam penulisan ini sebagai satu plagiat.
Perhatian dan fokus saya tertarik kepada satu kes yang dibentang oleh pensyarah etika saya. Kes ini berkenaan dua orang sahabat yang pergi memburu. Mereka berburu di satu kawasan yang agak terpencil, bolehlah dianggap kawasan itu sebagai:
*tutup mata anda dan bayangkan senario ini*
"angin dingin bertiup kencang. Kelihatan butir-butir salji melayang di udara. Kiri dan kanan jalan dipagari pohon-pohon konifer yang tegak berdiri, hijau tidak jejas dek musim. Kerana itulah ianya dipanggil evergreen. di sebalik semak samun kelihatan pancaran-pancaran cahaya cerah, umpama pemantul cahaya pada lampu belakang sebuah motosikal. Menariknya, cahaya ini kelihatan kekuningan. Jika ditumpukan perhatian dengan lebih lagi, seluruh lantai hutan konifer tersebut disinari cahaya ini. Merekalah yang digelar 'nightcrawlers'. Wap air mula mengaburi permukaan hadapan cermin kerera, suluhan lampu kereta hanya mampu mara sejauh beberapa meter. Sahutan burung hantu kedengaran, keadaan hening dan menyeramkan. Bulu roma tertegak umpama lidi sate yang dihunus menembusi nasi himpit."
Ok, cukup-cukup sekadar itu. Dua sahabat tersebut sedang pulang daripada expedisi memburu mereka. Dalam perjalanan pulang, kereta mereka terbabas, lalu terbalik. Seorang daripada sahabat tersebut berjaya menyelamatkan diri dan keluar daripada kereta tersebut. Seorang lagi tersepit di dalam, meraung-raung meminta bantuan. Si A, berusaha keras untuk membantu menyelamatkan Si B. Malangnye, Si B betul-betul tersepit dan tidak boleh diselamatkan. Hal ini adalah kerana kereta tersebut mula dijilat api dan terus marak hingga usaha menyelamat tidak membuahkan hasil. Bantuan tidak mungkin akan tiba dalam masa terdekat ekoran kedudukan mereka pada ketika itu yang jauh terpencil. Si A tidak sanggup melihat rakan baiknya Si B terus dijilat api dan kemungkinan akan menemui ajal yang sungguh menyeksakan. Yang ada pada Si A hanyalah senapang burunya.
Soalan cepumasnya ialah:
Jika anda Si A, apakah yang akan anda lakukan?
C) Anda akan menangis dan melihat sahaja rakan baik anda itu mati dimamah api dunia
D) akan akan menembak Si B agar ajalnya 'dipermudahkan' dan tidak terseksa untuk jangka waktu yang lama
Kesimpulan kepada cerita ini akan disampaikan dalam coretan yang akan datang. Untuk makluman semua, ini adalah kisah benar dan sudah termaktub sebagai satu teori dan kes dalam dunia etika dan perundangan.
************************************************************************************
If you're feeling down and you feel theres no more to life, then let me take you to Switzerland. It will be a very happy ending there. =)
The reason for this will also be included in my next post insyaAllah. =)
No comments:
Post a Comment